Seni Lakonan

PEMBABITAN FAIRUZ DEENA DALAM BIDANG LAKONAN 



Fairuz Deena amat meminati bidang seni termasuklah bidang lakonan dan kerana minat yang mendalam ini, dia cuba belajar dengan menyertai aktiviti lakonan seperti Drama Pendek dan Teater. Jika diberi peluang, Fairuz Deena ingin pergi lebih jauh dalam industri yang mencabar ini.


Saksikan Profail Lakonan Fairuz Deena (Acting Profile) :





Penyertaan Fairuz Deena dalam Lakonan Drama Pendek

Bidang seni lakonan pertama yang diceburi oleh Fairuz Deena ialah pendek Laksamana Ranger. Drama ini merupakan koleksi drama pendek M-BizzTV yang akan ke udara melalui siaran internet tahun hadapan (2013).

Fairuz Deena memegang watak sebagai seorang pelajar sekolah rendah dari keturunan Pahlawan Melayu Melaka. Disebabkan terbebasnya Seri Bayu (watak jahat dalam cerita ini), Fairuz Deena serta sahabat-sahabatnya terpilih dalam misi menyelamatkan bumi.

Walaupun ia merupakan sebuah cerita kanak-kanak, namun Fairuz Deena mempunyai ruang yang banyak untuk belajar beraksi, berdialog, menari dan melakukan aksi seni mempertahankan diri.

Kerana kesungguhan dan minat yang mendalam, Fairuz Deena berupaya membawa watak ini dengan baik dan sempurna.





Penyertaan Fairuz Deena dalam Lakonan & Pementasan Teater



Fairuz Deena turut menyertai persembahan Teater yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa & Pustaka serta Kumpulan Kesenian Teater Warisan Selangor / Kuala Lumpur yang bertajuk ‘Hikayat Raja Bersiong’.

Fairuz Deena memegang watak sebagai seorang dayang istana dan juga tukang masak istana yang terpotong jarinya dan kemudiannya dibunuh oleh Raja kerana mengidamkan darahnya yang terlalu sedap dan manis.

Menyertai teater telah memberi kepuasan kepada Fairuz Deena kerana bukan sahaja dia berpeluang mempelajari cara penghayatan watak, berdialog dalam bahasa dahulu kala bahkan bergaul dengan selebriti yang telah lebih lama berkecimpung dalam pementasan teater seperti Uji Rashid.





Fairuz Deena berharap agar mendapat lebih banyak peluang untuk diketengahkan dalam industri lakonan tanahair.

Melakukan yang terbaik adalah misi Fairuz Deena. Inilah semangat srikandi ‘Tun Fatimah’ yang terbawa-bawa di dalam dirinya.


    

Leave a Reply

Search

- Setup & Customized by am.de.sign & Pakar Blog -

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.